Laman Web Rasmi
INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN
TUN ABDUL RAZAK

DATA TERBUKA SEKTOR AWAM (DTSA)

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital.

KKMM dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan sewajarnya dalam merealisasikan pelaksanaan inisiatif data terbuka bagi setiap perkhidmatan teras agensi berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (data.gov.my) dibangunkan sebagai one-service-centre kepada rakyat untuk mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

Senarai dataset KKMM boleh diperoleh di portal tersebut melalui capaian berikut:

http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset?organization=ministry-of-communication-and-multimedia

  • Paparan Terbaik pada resolusi tinggi 1920×1080
  • Jumlah Pengunjung 
    633352
  • INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN
    TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
    Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Peti Surat 12163, Jalan Pantai Baharu,
    59700 Kuala Lumpur
  • No Telefon: 03-22957555 
    Fax: 03-22957575/03-22824796