Pejabat Pendaftar
- Merangka belanjawan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pembangunan modal insan IPPTAR.
- Mengawal sistem pengurusan yang berkualiti berdasarkan kepada pemakaian Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam untuk meningkatkan penghayatan dan pembudayaan kualiti di kalangan warga IPPTAR.
- Mengawal selia hal ehwal penyelenggaraan lima buah blok bangunan di IPPTAR.
- Membuat perancangan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan peralatan dan fasiliti.
- Memberi perkhidmatan ICT kepada setiap kluster/bahagian dalam pengurusan latihan dan hal-hal yang melibatkan Jabatan.
- Menyediakan Pusat Sumber agar menjadi tempat rujukan dalam bidang Industri Kreatif, Kejuruteraan Penyiaran dan Komunikasi Strategik.
- Menyediakan tempat penginapan yang selesa terhadap para peserta kursus.
- Memantau segala Aset Alih, Aset Tak Alih dan Stor mengikut tatacara pengurusan Aset dan Stor.