Laman Web Rasmi
INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN
TUN ABDUL RAZAK

LATAR BELAKANG

Insitut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR) telah ditubuhkan pada 1971. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Pusat Latihan Negara bertempat di Rumah Persekutuan, Jalan Ampang. Ianya bertujuan untuk melatih kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia ketika itu.

  • Tahun 1975, Pusat Latihan Negara telah berpindah ke Kompleks Angkasapuri, Bukit Putra dan dinamakan sebagai Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)
  • Tahun 2008, merupakan era transformasi bagi IPPTAR kerana ia dinaik taraf menjadi jabatan yang tersendiri di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  • Tahun 2016, IPPTAR terus mengorak langkah dengan menyusun semula organisasi yang lebih mantap dengan visi untuk memperkasa kebolehan prestasi penjawat awam dan melahirkan pengamal media yang kompeten, berdaya saing serta pakar dalam tiga bidang utama iaitu komunikasi strategik, industri kreatif dan kejuruteraan penyiaran
  • Justeru dalam mendepani realiti baharu, tumpuan transformasi IPPTAR diberikan kepada tiga kluster utama iaitu Kluster Industri Kreatif, Kluster Kejuruteraan Penyiaran dan Kluster Komunikasi Strategik. Ketiga-tiga kluster ini digarap bagi meningkatkan imej IPPTAR sebagai pusat latihan penyiaran serta pengamal media bersepadu dan unggul
Learn More
 

TIGA KLUSTER

Tumpuan transformasi IPPTAR diberikan kepada tiga kluster utama:

 

Kluster Industri Kreatif

 

Kluster Kejuruteraan Penyiaran

 

Kluster Komunikasi Strategik

 

  • Paparan Terbaik pada resolusi tinggi 1920×1080
  • Jumlah Pengunjung 
    633318
  • INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN
    TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
    Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Peti Surat 12163, Jalan Pantai Baharu,
    59700 Kuala Lumpur
  • No Telefon: 03-22957555 
    Fax: 03-22957575/03-22824796